Monday, March 26, 2012

BENGKEL KREATIVITI (ART & CRAFT WORKSHOP) BERJAYA!

SUNGAI UDANG - Seramai lebih 30 orang peserta telah menyertai Bengkel Kreativiti (Art & Craft Workshop) pada 14 Mac 2012 bertempat di Tadika Tunas Ria Bestari.   Bengkel Kreativiti yang dikendalikan oleh Bestari Network ini telah menampilkan seorang artis professional, Encik Isman Bani sebagai tenaga pengajar pada sesi pagi. Sesi petang pula dikendalikan oleh guru-guru yang bernaung di bawah Bestari Network.

  Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang berjaya mencuri tumpuan anak-anak berumur 4 tahun untuk turut serta. Ahmad Fitri (4) yang pada awalnya hanya menemani ibunya untuk menghantar kakak ke bengkel tersebut akhirnya ikut menjadi peserta bengkel.
  Menurut Puan Rahana Zakaria yang merupakan pemilik kepada Bestari Network, beliau menyatakan bahawa pendidikan Kreativiti sangat penting dalam pertumbuhan minda kanak-kanak. Kebanyakan manusia hanya menggunakan otak kiri untuk bekerja dan mengenepikan otak kanan. Sedangkan keseimbangan penggunaan otak kiri dan otak kanan sangat perlu dan kreativiti berfikir terletak pada otak kanan.
  Pihak Bestari Network mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Isman Bani dan wargakerja Bestari Network di atas kerjasama yang diberikan sepanjang sehari program ini berlangsung. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada ibubapa yang sudi menghantar anak-anak ke program ini dan telah berkorban masa, wang ringgit dan segalanya untuk manfaat anak-anak kita.