Tuesday, September 25, 2012

SAMBUTAN MERDEKA RAYA =)


31hb Ogos, Bandar Bukit Raja- Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Tadika Tunas Ceria Bestari telah mengadakan perarakan kemerdekaan di sepanjang Jalan Zapin 2D dan Jalan Zapin 2E pada 30 Ogos yang lalu.
   Alhamdulillah hampir 80 kanak-kanak tadika telah turut serta dalam perarakan tersebut dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang jalan.
   Semoga semangat kemerdekaan kekal membara dalam jiwa anak-anak kecil ini demi negara tercinta.