PARENT'S TESTIMONIAL


TESTIMONI IBUBAPA
1.      Anak: Nuratikah Aqilah bt. Mohd Rizal (5yrs, 2011)
Ibu: Pn. Faridah bt. Hj Rais

“Saya menghantar anak saya ke tadika ini kerana cara pembelajaran yang diajar berkesan. Guru-guru menggunakan teknik –teknik mengajar yang menarik melalui aktiviti nyanyian, hafazan dan pelbagai lagi. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tadika dari awal tahun hingga ke akhir tahun. Saya amat berpuas hati dan mengharapkan agar guru-guru yang mengajar berilmu, bertaqwa serta ikhlas mengajar anak-anak saya”.

2.      Anak: Nur Alya Natasha (6yrs, 2011) & Haziq Danial bt. Ramli (5yrs, 2011)
Bapa: En. Ramli b. Udin

“I am sending my children to this kindergarten because the kindergarten is applying smart approach in its education system and at the same time adopting Islamic English element to ensure students are equipped with necessary Islamic Knowledge. As a result, my children are able to read, understand and speak well that can prepare my children mentally and psychologically to face future education challenges”.

3.      Anak: Dayana Syahmina bt. Nazarul Hisam (6yrs, 2011)
Ibu: Pn. Rozita bt. Abdullah

“Saya menghantar anak saya di tadika ini kerana di tadika ini anak saya mempelajari banyak surah dan doa serta sangat mementingkan Islamic Education. Di samping itu, tadika ini juga mementingkan kebersihan dan saya rasa selesa dengan keadaan sekeliling untuk anak saya belajar. Tenaga pengajar juga baik dan penyayang. Saya berharap tadika ini terus mengamalkan pengurusan kanak-kanak yang baik seperti yang dijalankan sekarang. Terima kasih kerana telah mengajar anak saya”.

4.      Anak: Nisa Firzanah (6yrs, 2011) Nisa Aqilah & Nisa Nabilah bt. Azaddin
Ibu: Pn. Norasiah bt.

“I sent my children to this kindergarten because it is an Islamic English Kindergarten. My children learnt in an enjoyable and fun environment which they easily adapt all the lessons taught. Moreover, the fees are reasonable. Thank you very much to all teachers and staff for working with passion and love”.

5.      Anak: Khadijah bt. Zulkifli (6yrs, 2011)
Bapa: En. Zulkifli bt. Hasniza
“I send my child to this kindergarten because the ways of teaching are more to Islamic ways. After seen her performance last year, there are a lot of improvement especially in reading and spelling. I and my wife have made decision to send our 2nd child at the same kindergarten”.

6.      Anak: Wan Nourel Ain (6thn, 2011) Wan Nur Addina  & Wan Mohd Addin b. Mohd Aidil
Ibu: Pn. Wan Baidura bt. Wan Abd Malek

“ Tadika ini banyak mengajar anak-anak saya dari segi ilu dunia & akhirat. Mereka juga dapat mengenal dan membaca dengan cepat dengan adanya system pembelajaran yang berkualiti. Saya berharap dan berdoa agar tadika ini akan semakin maju dan dapat mendidik anak-anak bangsa Berjaya dunia & akhirat. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah banyak membantu mendidik anak-anak saya sepanjang mereka berada di tadika ini”.

7.      Anak: Nur Syafiqah Aliah (6thn, 2011) & Nur Sabrina Aliah
Bapa: Abdul Rahim b.Yaakob

“Saya memilih tadika ini adalah kerana tadika ini mengajar dengan Dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris. Tambahan di sini mempunyai guru-guru yang terlatih serta berdedikasi melatih anak saya dari kosong hingga dapat membaca serta mengeja. Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru dan pihak pengurusan tadika ini”.

8.      Anak: Muhammad Harith b. Muhaammad Faiz (6thn, 2011)
Bapa: Muhammad Faiz b. Abdullah

“Saya menghantar anak saya ke tadika ini kerana kaedah pembelajaran dan pengajaran di tadika ini yang berkonsepkan Islamic English Teaching berbeza dengan pembelajaran di tadika lain”.

9.      Anak: Nurafrina Alya bt. Mohd Rizal (6thn, 2011)
Bapa: Mohd Rizal b. Talib

“Perkembangan anak saya begitu memberangsangkan dalam waktu yang singkat. Anak saya sudah begitu lancar membaca dengan terang dan fasih sekarang. Pada mulanya, kami medapati anak saya menghadapi kesukaran sewaktu berusia 5 tahun kerana hanya memulakan sesi persekolahan pada usia tersebut berbanding kanak-kanak lain yang kebanyakannya telah bermula pada usia 4 tahun. Alhamdulillah, anak saya telah begitu bersedia untuk menghadapi tahun 1 kelak. Terima kasih.